| MENGENDALIKAN TEKNIKAL PADA MALAM PROGRAM BERLANGSUNG | 
     Assalamualaikum w.b.t,
saya Muktar bin Sarip- A145636. Saya telah mengambil kemahiran komunikasi di bawah penyeliaan Dr dalam set HP ini. Untuk makluman Dr. Saya telah mengikuti Karnival x-tream SISWI d’
Kajai  pada  1 dan 2 Mac 2014 bertempat di Kolej Rahim
Kajai dan padang Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam karnival ini,saya
memegang 2 jawatan iaitu sebagai ajk teknikal dan ajk keselamatan. Sepanjang
program ini, kemahiran berkomunikasi amat penting bg saya untuk mencapai setiap
tujuan yang diinginkan.  Beberapa gambar yang saya sertakan, ianya cukup
membuktikan di mana saya cuba berkomunikasi dengan berkesan dan
mengaplikasikannya secara berterusan. 
| MENGAWAL KENDERAAN MASUK KE KOLEJ RAHIM KAJAI | 
     Antara jenis komunikasi yang saya
aplikasikan sepanjang program ini ialah komunikasi 2 hala.Komunikasi 2 hala ini
melibatkan maklumbalas daripada penerima kepada penghantar. Kaedah ini sangat
membantu saya dalam setiap perbualan. Gambar di atas ialah ketika saya bertugas sebagai
ajk keselamatan di mana  saya akan menggunakan komunikasi 2 hala untuk bertanya dan menerangkan lokasi
dan perjalanan program kepada peserta dan kepada pengunjung yang datang. Gambar
di mana saya membuat “Road Block” ketika karnival berlangsung dapat menunjukkan
bahawa saya telah mengaplikasikan kaedah komunikasi 2 hala ini kepada pengunjung
yang membawa kenderaan. Komunikasi 2 hala ini juga dapat membantu saya menyampaikan
maklumat lebih berkesan dengan wujudnya maklumbalas, pertukaran pendapat antara
satu sama lain, dan lebih menggalakkan perbincangan semua ahli dalam
komunikasi.
     Selain itu, saya juga
mengaplikasikan kemahiran komunikasi secara lisan dalam sebarang mesyuarat dan
perbualan melalui telefon mudah alih. 
Kaedah ini penting untuk membuat perancangan, bekongsi  idea dan maklumat, membuat sebarang keputusan
dan menyelesaikan masalah yang timbul sepanjang program ini berlangsung.Contohnya,
semasa bermesyuarat dengan semua ajk yang lain dan ketua pengarah, saya
sendiri  menggunakan kaedah ini untuk
menerangkan hal yang berkaitan dengan teknikal mahupun keselamatan.Melalui
kaedah ini, saya juga dapat peluang berinteraksi  dengan ajk lain, menyelesaikan sebarang
masalah yang berlaku, mengadakan perbincangan, bertukar-tukar fikiran dan
mendapat maklumbalas daripada orang lain dengan berkesan. 
     Seterusnya ,
kamunikasi lisan ini juga dapat membantu memahami perkara yang sedang dibincang
dan sekiranya tidak difahami,maka maklumbalas dan penjelasan akan diberikan
oleh yang berkenaan.Manakala dari segi perbualan melalui telefon pula, kaedah
ini juga saya aplikasikan dengan bercakap dengan jelas ,menggunakan bahasa umum
tanpa menggunakan bahasa daerah, dan bercakap dengan penuh keyakinan untuk
pendengar dapat menerima segala mesej atau perkataan yang saya keluarkan.
![]()  | 
| BARISAN AJK TEKNIKAL KARNIVAL X-TREAM SISWI D'KAJAI | 
     Sepanjang karnival
siswi ini juga, saya dapat belajar cara berkomunikasi  semasa berunding dengan orang lain.
Contohnya, saya dan rakan teknikal yang lain telah membuat peminjaman barang
teknikal dan barang sukan daripada pusat kebudayaan dan pusat sukan. Untuk
mencapai kata sepakat dan sebulat hati bagi semua pihak, kaedah ini mengajar
saya dan rakan sya beberapa prinsip yang patut kami gunakan semasa
berunding.Antaranya ialah prinsip  responsif,
bersopan-santun, saling membantu,bertolak ansur, mempunyai objektif yang jelas,
mempunyai sikap berkerjasama dan saling memahami sangat penting semasa
berunding dengan pihak lain.Gambar di atas ini merupakan semua barisan ajk teknikal bg karnival X-TREAM D'KAJAI.
     Namun, terdapat beberapa halangan atau rintangan
dalam menyampaikmenyampaikan setiap
perkataan atau percakapan  dengan
berkesan. Contohnya, kelemahan lisan yang saya alami ialah penggunaan bahasa
kesat atau kasar daripada orang lain. Hal ini telah menyukarkan saya  menerima nya dengan jelas dan menyinggung
perasaan saya dan orang lain. Secara tidak langsung hal ini menyukarkan proses
komunikasi  yang melibatkan daripada 2
atau lebih  daripada 3 orang.selain itu
,saya juga mengalami masalah dimana wujudnya kesala fahaman antara beberapa
pihak. Contohnya,ketika saya menggunakan bahasa negeri sabah , terdapat bebrapa
pelajar yang menyalah tafsir perkataan yang saya keluarkan dan ini menyukarkan
diri saya untuk berkomunikasi dengan mereka. Perkara ini tidak berlarutan ,
setelah saya berkomunikasi dengan orang lain menggunakan bahasa melayu  untuk memudahkan  komunikasi dengan lebih berkesan.secara
keseluruhannya, saya dapat menyelesaikan setiap masalah komunikasi yang saya
hadapi.
