Translate

Wednesday, 4 June 2014

MENGENDALIKAN TEKNIKAL PADA MALAM PROGRAM BERLANGSUNG

     Assalamualaikum w.b.t, saya Muktar bin Sarip- A145636. Saya telah mengambil kemahiran komunikasi di bawah penyeliaan Dr dalam set HP ini. Untuk makluman Dr. Saya telah mengikuti Karnival x-tream SISWI d’ Kajai  pada  1 dan 2 Mac 2014 bertempat di Kolej Rahim Kajai dan padang Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam karnival ini,saya memegang 2 jawatan iaitu sebagai ajk teknikal dan ajk keselamatan. Sepanjang program ini, kemahiran berkomunikasi amat penting bg saya untuk mencapai setiap tujuan yang diinginkan.  Beberapa gambar yang saya sertakan, ianya cukup membuktikan di mana saya cuba berkomunikasi dengan berkesan dan mengaplikasikannya secara berterusan. 

MENGAWAL KENDERAAN MASUK KE KOLEJ RAHIM KAJAI
     Antara jenis komunikasi yang saya aplikasikan sepanjang program ini ialah komunikasi 2 hala.Komunikasi 2 hala ini melibatkan maklumbalas daripada penerima kepada penghantar. Kaedah ini sangat membantu saya dalam setiap perbualan. Gambar di atas ialah ketika saya bertugas sebagai ajk keselamatan di mana  saya akan menggunakan komunikasi 2 hala untuk bertanya dan menerangkan lokasi dan perjalanan program kepada peserta dan kepada pengunjung yang datang. Gambar di mana saya membuat “Road Block” ketika karnival berlangsung dapat menunjukkan bahawa saya telah mengaplikasikan kaedah komunikasi 2 hala ini kepada pengunjung yang membawa kenderaan. Komunikasi 2 hala ini juga dapat membantu saya menyampaikan maklumat lebih berkesan dengan wujudnya maklumbalas, pertukaran pendapat antara satu sama lain, dan lebih menggalakkan perbincangan semua ahli dalam komunikasi.

     Selain itu, saya juga mengaplikasikan kemahiran komunikasi secara lisan dalam sebarang mesyuarat dan perbualan melalui telefon mudah alih.  Kaedah ini penting untuk membuat perancangan, bekongsi  idea dan maklumat, membuat sebarang keputusan dan menyelesaikan masalah yang timbul sepanjang program ini berlangsung.Contohnya, semasa bermesyuarat dengan semua ajk yang lain dan ketua pengarah, saya sendiri  menggunakan kaedah ini untuk menerangkan hal yang berkaitan dengan teknikal mahupun keselamatan.Melalui kaedah ini, saya juga dapat peluang berinteraksi  dengan ajk lain, menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku, mengadakan perbincangan, bertukar-tukar fikiran dan mendapat maklumbalas daripada orang lain dengan berkesan. 

     Seterusnya , kamunikasi lisan ini juga dapat membantu memahami perkara yang sedang dibincang dan sekiranya tidak difahami,maka maklumbalas dan penjelasan akan diberikan oleh yang berkenaan.Manakala dari segi perbualan melalui telefon pula, kaedah ini juga saya aplikasikan dengan bercakap dengan jelas ,menggunakan bahasa umum tanpa menggunakan bahasa daerah, dan bercakap dengan penuh keyakinan untuk pendengar dapat menerima segala mesej atau perkataan yang saya keluarkan.

     
BARISAN AJK TEKNIKAL KARNIVAL X-TREAM SISWI D'KAJAI
     Sepanjang karnival siswi ini juga, saya dapat belajar cara berkomunikasi  semasa berunding dengan orang lain. Contohnya, saya dan rakan teknikal yang lain telah membuat peminjaman barang teknikal dan barang sukan daripada pusat kebudayaan dan pusat sukan. Untuk mencapai kata sepakat dan sebulat hati bagi semua pihak, kaedah ini mengajar saya dan rakan sya beberapa prinsip yang patut kami gunakan semasa berunding.Antaranya ialah prinsip  responsif, bersopan-santun, saling membantu,bertolak ansur, mempunyai objektif yang jelas, mempunyai sikap berkerjasama dan saling memahami sangat penting semasa berunding dengan pihak lain.Gambar di atas ini merupakan semua barisan ajk teknikal bg karnival X-TREAM D'KAJAI.
     
     Namun, terdapat beberapa halangan atau rintangan dalam menyampaikmenyampaikan setiap perkataan atau percakapan  dengan berkesan. Contohnya, kelemahan lisan yang saya alami ialah penggunaan bahasa kesat atau kasar daripada orang lain. Hal ini telah menyukarkan saya  menerima nya dengan jelas dan menyinggung perasaan saya dan orang lain. Secara tidak langsung hal ini menyukarkan proses komunikasi  yang melibatkan daripada 2 atau lebih  daripada 3 orang.selain itu ,saya juga mengalami masalah dimana wujudnya kesala fahaman antara beberapa pihak. Contohnya,ketika saya menggunakan bahasa negeri sabah , terdapat bebrapa pelajar yang menyalah tafsir perkataan yang saya keluarkan dan ini menyukarkan diri saya untuk berkomunikasi dengan mereka. Perkara ini tidak berlarutan , setelah saya berkomunikasi dengan orang lain menggunakan bahasa melayu  untuk memudahkan  komunikasi dengan lebih berkesan.secara keseluruhannya, saya dapat menyelesaikan setiap masalah komunikasi yang saya hadapi.